Showing posts with label people. Show all posts
Showing posts with label people. Show all posts

Sunday, May 16, 2010

manusia bila dah terdesak...

aku bukan nak kata apa. tapi tulah benda yang salah pon jadi betul. akhirnya lu pikul la sendiri tapi nak salah-kan pon tak boleh jugak dah memang sifat manusia macam tu. dah terkena baru tergadah. mula-la datang nak mintak tolong nak bagi explaination bla...bla...bla... hell no. penat la beb nak dengar-dengar ni, memang la aku ni a good listener tapi aku bukan adviser yang baik takat dengar taper. tapi kadang-kadang boleh jadi bad listener jugak. dah terang-terang korang buat salah en macamana tu???

back then, masa zaman macam korang. sebodoh-bodoh aku pon tak buat macam tu. hey kene ada pride la walaupun tak berapa nak hebat sangat. tapi survive jugak huhu...

setakat nak mintak maaf memang aku maaf-kan tapi perception aku ade sikit slack la ermmm nak buat macam mana. nature as human being kot.

p/s: sorry seems to be a harder words

Thursday, April 29, 2010

status...

penting sangat ker status??? haih... tak abis-abis dengan kuasa kuasi...

mari kita kupas tentang kuasa...

kuasa kalo di-gunakan pada jalan yang betul dan baik, cas-cas positive akan terhasil. Masalah-nya kalo benda-benda baik ni orang susah nak nampak sebabnya kita-kita ni lebih tertarik pada something yang ber-sifat negative walhal kita tahu sebenar-nya benda tu tak baik... hey cuba la positive sikit...

apa yang ada pada kuasa? ermmm nak sentuh yang mana dulu yek...

1. bagi golongan-golongan yang berkuasa dah tentu-tentu sangat power sangat meaningful. iyela kalo tader kuasa ada ke followernya ye tak??

2. lagi teruk orang yang powerless, tetiba dapat power. macam tak hengat dunia. aci semua dia yang punya, dia ajalah yang hebat tak kira... orang lain ermm paham-paham sendiri sudah.

3. dari kuasa datang pulak, penyakit lain. PHD bukan setakat itu je, bak kate 1 blogger nih, dia macam senjata biologi, datang sekali dengan pakage. keje asik nak musnah-kan orang je kerjenya dah pulak tuh main aci sorok2. Patot ke?

4. ermmm banyak sebenar-nya kalo nak tulis tak ter-tulis kot... yang pasti manusia ni memang tak boleh di-beri kuasa. Nanti mula la lupa diri. tapi tak semua macam tu.

kenapa orang suka ber-kuasa?
sebab dia nak asyik mahsyuk dengan kuasa sampai jadi GK. Kesian

p/s: haih tak kuasa aku

Tuesday, April 27, 2010

duduk sama tinggi, berdiri sama rendah...

ermmm... tak tau apa nak kata dah, kalau itu yang jadi benchmark-nya... macam tak boleh blah je... (senyum) masuk kali ni dalam bulan ni dah berapa kali je dengar ayat tu. Besar sangat ke beza?? ni baru dalam kelompok kecil cuba tengok alam yang sebesar-besar ni lagi banyak beza kot. Manusia sebagai entiti banyak atribute-atribute-nya, tu belum lagi campur tolak dengan entiti-entiti yang lain...

Jadi tak perlu lah judgemental sangat en? tapi tak bleh jugak nak blame sebab manusia memang suke jump to conlusion lagi-lagi bila kene jolok. Tapi lebih elok kalo beringat-ingat.

Aku malas nak amik pusing dengan benda-benda macam ni, biar-lah orang nak kata ape, walaupun kadang-kadang tu memang la terasa. Nak buat macamana mulut orang bukan boleh tutup, esok-esok senyap la dia...

Sebab itu, aku suka buat hal sendiri, bukan ape malas nak amik port benda-benda macam ni buang masa dan tenaga je. Setakat angguk-angguk, geleng-geleng sudah hehe... Simpan la sikit untuk benda-benda yang ber-faedah ye tak??

Thursday, April 8, 2010

aku??..bola?? agak kurang...

tak reti-reti ke orang bawah ni... tau le excited tengah tengok bola... terjerit-jerit, terkujat aku, ingat-kan sape la yang menjerit... agak tak patot betoi ler ke deme yang tak betoi??? hehe

p/s: lelaki ni en memang fanatik gila kalo tengok bola...

Tuesday, April 6, 2010

hala tuju selepas SPM

rentetan peristiwa hari ini...

1. the speaker was really nice suke sangat-sangat.... dan saya rasa, intipati yang disampaikan memang bertepatan dengan tajuk program ini...

2. arigato minna... memang terdapat sesuatu yang lacking dalam program ini, but its ok coz human is not perfect and it is lesson to be learn for you guys also me as ur guardian ok!!! supaya pada masa depan, ia dapat diperbaiki lagi...

3. saya berasa amat lega untuk hari ini.... kerana ia-nya berjalan dengan lancar walaupun tak
se-smooth mana.... at least we've done it... congrates!!!

Sunday, April 4, 2010

hidup vs mati....

dia seorang yang penah ber-hidup, but now ni dia dah tak ada, pergi tak kembali lagi dan dia masih muda lagi bak kata orang baru nak merasa apa itu hidup tapi sayang baru nak merasa hidup dia dah pergi.... tapi saya tahu dia pergi sebab Allah S.W.T tu masih sayang-dia sebab itu dia pergi dulu. sesungguh-nya Allah S.W.T maha mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambanya.

saya masih ingat lagi last word yang saya cakap pada dia, "Live Hell Live Well you choose", dan malam esok-nya saya dapat messsage meng-inform yang dia accident and tak ada lagi,
perasaan??? speechless, sangat terkejut, sedih macam tak percaya sebab baru je texting dengan dia semalam... it take 1 week jugak untuk melupakan hal sedih ini,

last sentence yang dia cakap: ok miss...sya dtg. ok...sya xkata x bes pun ur class...best what...hehe...thanx miss...gudnite...

dan... saya masih ingat sampai sekarang sebab saya masih simpan message tu....

saya cakap macam itu saya rasa hidup dia masa tu agak kucar kacir and to be frank he have attitude problems, walaupun begitu, saya rasa dia seorang yang baik walaupun dia bermasalah, saya memang agak rapat dengan dia macam adik dan kakak yang selalu menyibuk konon-konon nak bagi advice hahaha.... saya rasa tindakan saya betul...

sebab??? dari situ kita boleh dig out what actually had happen ... and it is proven ok!!! selidik punye selidik dari situ saya dapat background information about his family, friends and lover... itu yang berlaku if we put TRUST on somebody... dan bila dia dah percaya pada kita dia akan cerita ape-ape je yang dia rasa nak cerita... dan sebagai rahsia keeper kita kene pandai zip mulut kita supaya it's remain as a secret ok... dan itu yang saya lakukan.

p/s: dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali....

Thursday, March 25, 2010

pantang...

orang kite ni pantang tengok orang lain senang sikit, ade je yang tak pueh hati... iskh...iskh...iskh... ape le nak jadi dari dulu sampai sekarang memang tak berubah-ubah...

penyaket hasad dengki ni kalo tak di-ubati nescaya akan melarat hingga memakan diri.... memang sekarang tak kene tapi ingat, hidup ini ada karma, kebetulan yang kita tak jangka-kan lagipun now ni Tuhan bayar cash... kalo tak kene batang hidung sendiri, kene kat related family who knows aite???

nape la deme ni macam nih??? rezeki tuhan tu ada kat mana-mana, antara rajin dengan tak rajin jek... ni tak, tengok orang lain maju, mula nak hidup sikit mula la nak menabur.... kalo nak menabur budi tak pe jugak ni idak, menutup periuk nasik orang pulak.... haila manusia-manusia...

p/s: buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali....

Wednesday, March 24, 2010

macam pelik....

bila di-beritahu "saya tidak pernah masuk cinema selama berhidup pada umur ini" orang-orang berasa macam pelik dan tak percaya.... biar pun ape pandangan makhluk-makhluk sekelian saya rasa comfortable dengan cara itu...

bila di-tanya kenapa?
ermm nak cakap yang betul ke yang tipu?
to be frank, saya memang tak teringin pon nak masuk cinema biar pon movie yang di-tayangkan itu sangat menarik.... pelik en??? how i can live with that kind lifestyle....

tapi yang pasti esok-esok dah tayang kat tv, so what for u spend ur money and wasting ur time en??

p/s: saya pasti ada jugak orang lain di-luar sana yang sama macam saya instead, my bff, side kick, roomate... jadi ia-nya tak la pelik sangat...

Sunday, March 21, 2010

susah payah.... jerih perih...

susah en??? nak bagi orang faham tentang kesusahan lagi-lagi orang yang tak pernah nak rasa susah dalam hidup... tapi kalo nak di-ikutkan semua kita-kita ni ada zaman kesusahan masing-masing... bertitik tolak dari itu, kita kalo boleh nak lari dari itu... so untuk lari dari itu, kita kene work dem hard untuk melepas-diri dari rantaian itu.... jadi bila kita bercakap tentang itu pada orang yang paham ia-nya agak mudah berbanding dengan orang yang tak pernah susah...


dan biasa- nya orang-orang yang susah nak faham tentang susah berada dalam lingkungan golongan yang bermaterial... iya memang kamu berada di-dalam comfort zone sekarang, semua yang kamu mahu dapat dalam sekelip mata....but who know in future nasib boleh berubah, life goes on in cycle ok! this time around you on the top but someday maybe you will go down... beringat-ringat itu lebih baik... x perlu bergah-gah untuk mencerita-kan tentang ape yang kamu miliki!!!! sebab bila-bila masa, sebab benda itu boleh hilang sekipan (sekelip mata) - easy come easy go bak kate orang....

p/s: kadang-kadang rasa pelik dan jelik pada golongan-golongan yang macam ni...


Tuesday, March 16, 2010

takut...

ape yang nak di-takutkan???

macam-macam benda kalo nak di-ikutkan, jadi bila terpaksa berdepan dengan situasi yang sebegitu... kalo boleh saya suke withdrawn ataupun avoid sebab??? saya sudah terbiasa dengan keadaan itu (zaman kanak-kanak rebena), tapi untuk sesetengah perkara walaupun kita cuba untuk avoid tapi tak boleh. mahu tidak kene jugak telan walaupun perasaan itu ada (zaman muda).

walau bagaimanapun,saya boleh merasai perubahan itu sedikit demi sedikit, true enough sometime kita kene jugak facing the situation lagi-lagi bila sudah berkerja... takan mahu di-bilang T.I.D.A.K. en??? anggap itu semua sebagai satu challenges atau momentum di-mana bila sesorang manusia itu, dalam keadaan terpaksa perkara yang impossible pon boleh boleh jadi possible... coz we never know until we try it!!! biarpun ia pahit tapi at least we can learn something... life is a process of learning even kalo dah tua bangka sekali pon.... itu pasal kalo perkara yang bersangkut paut dengan kerja ni, nak tak nak memang kene buat, no choices at all...

itu pasal kerja, tapi kalo pasal orang pulak, macam-macam pulak fiil dan ragam-nya... kadang-kadang sampai tak masuk di-akal yelah human being en??? tak payah nak kata orang la... diri sendiri ni pon banyak jugak ragam-nya tambah dengan manusia-manusia lain lagi la beragam-ragam....

talking about withdrawn, i do think that i have that trait on me... when i realize i wasn't in the middle of something which doesn't need my existent or i am not comfortable with the air. I'll will quickly diminish my presence for that particular situation... i don't know why but that thought were instill in my mind to act that way and who bother about it rite??? as long as i didn't bother anybody i think it's cool ok...

p/s: being alone wasn't that bad oso coz nanti mati pon sesorang jugak so apa yang nak di-takutkan en???

Sunday, March 14, 2010

hari ini...

minggu bahagia bakal ber-akhir, menuju minggu sengsara... tapi tak jugak sebab??? nak amik cuti balik kampung, jumpe mak, adik, kakak, abang, anak-anak sedara hehe... cuti sekolah la katekan....

biar pon, kerja melambak nak kene pulun bagi abeh, balik tetap balik nanti bila lagi en??? alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...

penutup hari bahagia...
hari ini boleh dikatekan agak bertuah dan berbaloi,
makan tengahari di-taja oleh orang...
dapat knowledge baru (baguih sungguh speaker tu)...
makan petang pon di-sponsor oleh orang...
bergambar dengan sakan macam tak hengat dunia...

p/s: tenkiu kawan-kawan...

Monday, March 8, 2010

Who said life would be a bed of roses?

semua yang indah-indah aje... kalo ada pon duri-durinya masih ada (hidup tak semestinya indah ok!!!). tak kira macama mana someday or somehow kita akan merasai jugak kepahitan tu sebagai satu ujian pada kita samada kita ni redha atau pon tidak.

kadang-kadang tuhan turun-kan ujian tanda Dia sayangkan kita bukan untuk menyeksa kita tapi untuk melihat samada hambanya itu taat atau tidak pada perintahnya tapi masalahnya manusia ni kadang-kadang tak pernah nak bersyukur "kenapa la aku jadi macam miskin kalo kaya-kan bagos" Hei silap besar tu, nak kaya kene la ada usaha jangan la asik mengharap jek macam melukut di-tepi gantang.

sedih betul dengan orang-orang yang macam ni kan??? dan suka nak menyalahkan takdir "dah takdir aku jadi macam ni nk buat macam mana" ni lagi satu. memang la hidup kita ni telah ditentukan dari dalam perut lagi tapi itu bukan-nya satu alasan untuk lari dari reality kehidupan itu escapism namanya. kita cipta 1 alasan untuk 1 alasan yang lain sampai bila??? benda ni tak akan ada penghujung sebab ada je alasan-alasan yang kita akan cipta...


dan kalo pon Dia tidak turun-kan ujian itu bukan bermakna Dia tak sayang-kan kita tapi sebenarnya Dia bagi peluang pada kita supaya berubah... tapi ada jugak yang tak insaf-insaf...


p/s: mb i wasn't raise in a good environment but i do turn out to be good (itu yang saya harapkan)

Thursday, March 4, 2010

weirdo!!!

saya rasa macam nak

tersenyum....

pelik pon ada...

kagum...

macam-macam lagi ah...

ermmm tak pe la tapi saya faham kenapa

oleh itu saya akan deal dengan benda ini sebaik mungkin supaya segala-gala-nya kalau boleh baik-baik aja...

Tuesday, February 23, 2010

piece of life...

When talk about life, we wonder what will happen in the future, because we live in unpredicted, uncertainty, insecure world...

let's say u've got everything rite now, but we neve noe what will happen, maybe u'll lost everything that u have in one moment...

unless u've a six sense to do prediction. anybody possess that power?? so they me what i'll be in 10 years time, will i change for gud or turn out to be bad person...

some people said life isn't unfair, "i should get better than this". true but who the HELL are u to said something like that??? are u God or something??? Hey we are just human being (ordinary people) don't you get it?? ermm i guess you should know better about life. life is not easier tipula kalo orang ckp life is fairy tales, there are not such thing is a fake man...

and life is not like u'r freely to pointing finger on others if u stumble, that's not rite people!! its about how u can accept and accommodate, try to adapt and adopt to live within, even it takes u a hard work and pain as long as it doesn't kill ur soul.

p/s: ur soul died if u sold ur soul

as it is

the elect....

the result....

as it is...

so i don't think we need the election

maybe it is to cover up something...

sound something fishy

is it not rite???

hurmm i wonder

Monday, February 22, 2010

x berjenih

Dok pelik dengan manusia-manusia skrg ni masing-masing macam dah tak berjenih,

bayi dibakar, tak tau la sama ada di bakar dengan sengaja atau tak, hurmm tula dia dah tau buat pas tu buang, gamak betul hati perot di orang en??? dah tau benda haram still nak buat jugak yang jadi mangsa baby. hei... baby tu tader salah-nye yang salah mak dan bapaknye ikutkan sangat nafsu jadi lesu, iskh.... x kesian ka??? sedangkan haiwan pon tau sayangkan anak, tapi depa ni pulak sebaliknya, hgpa ni manusia ka hewan??? x tau nk letak kategori mana, dua-dua pon bukan kot???

di penghujung dunia macam-macam gejala sosial berlaku, sampaikan pihak2 berkuasa pon jadi tak berkuasa...

sumpahan manusia akhir zaman, sudah berlaku akan tiba masa nye semua akan lenyap jadi abu, jadi hendaklah kita beringat-ingat (pada diri sendiri jugak) supaya di-jauhkan dari perkara-perkara yang memudaratkan zahir dan batin.

p/s: salah siapa??? mereka dan keluarga mereka atau diri sendiri...

Monday, January 25, 2010

aku faham apa yang kau rasa

Untuk sesorang yang rasa susah untuk menyusahkan orang aku seakan-akan memahami ape yang kau rasa tanpa perlu men-digest untuk pemahaman yang gitu kerana aku cukup faham perasaan itu. Pertama kerana aku pernah melalui-nya, perasaan indebted tu sangat menebal sehinggakan engkau x sanggup untuk facing the situation , aku tak tahu kenapa, mengapa dan bagaimana mahu menjelas-kan kerana secara harfiah-nya ia memang begitu bagi mereka yang rasa sekapal dengan aku. Bagi mereka-mereka yang lain aku tidak tahu...

Dan jika aku berada dalam situasi yang sama, perkara yang sama juga akan aku lakukan... meskipun ia kelihatan sangat kasihan - tapi ia bukan-nya alter ego. To be honest aku rasa ada air di-mata aku yang dibentengi dengan gelak-tawa supaya empangan itu tidak pecah dengan titisan air. It's not cool ok huhu...

p/s: sekarang ni aku indebted dengan seseorang,no wonder rasa macam ada yang tak kena!!!