Wednesday, May 12, 2010

tak tau nak kata apa dah...

sakit mata aku tengok angka-angka depan mata nih... macam haremmmm. tak tau nak kata pa dah... sakit mata satu, hati ni pulak macam kene siat-siat. haila teruk betul performance budak-budak nih... macam nak hambat jek sesorang rasa-nya.

datang siap buat muka tak boleh blah. ingatkan ok jawab-nya. sekali tengok berpinor bijik mata. pastu mintak markah lebey banyak cantik?? u give me rubbish then how come it turnout to be something yang stunning. apasal la korang ni. sedey aku tahu tak???

siap nota kaki bagai. belum lagi ngan tulisan. nak mark-ing pon tader mood....

Monday, May 10, 2010

sedikit sebanyak pasal mak...

sudah pasti-nya semua orang meraikan hari ibu dengan cara-cara mereka yang tersendiri. bagi aku hari ibu memang penting sebab tanpa mak sapa lah aku (aku panggil emak aku mak) . aku bukan tak pernah, wish-wish segala tapi jarang-jarang. sangat cheapskeat en? aku jenis yang susah nak men-vokalkan ape yang aku rasa dan apa yang fikirkan. entah... sifat semulajadi kot (tak reti nak buat sesi meluah perasaan) sebab aku rasa dan fikir benda-benda macam ni tak payah nak di-ucapkan sebab kadang-kadang boleh lahir dari hati dan perasaan lalu terzahir melalui perlakuan. itu bagi aku.

dibesarkan dalam suasana yang agak kasar, menjadi pemakin untuk aku terus bersikap tak kesah walaupun kadang-kadang aku amik kesah sebenarnya (diam-diam sudah asalkan no harm). kadang-kadang malas nak berdepan dengan realiti hidup ni yang aku rasa lagi banyak bitter than sweet. go with the flow. ape nak jadi. jadila. and at least i turnout to be orang jugak walaupun tak sehebat orang lain. (tqvm untuk itu dan segala-galanya)

so aku sangat-sangat value mak aku yang jadi backbone for our family. kalo tak ada dia aku rasa jadi apa agak-nya aku sekarang ni... she been through a hardship life for kami adik beradik. walaupun dia tak cakap tapi action lounder than words en? itu yang aku observe sepanjang aku hidup dan benda itu sedikit sebanyak jadi one of my belief. tak perlu la men-canang pada orang lain untuk mintak simpati. itu bukan simpati tu pathetic nama-nya dan kalo aku berada kat tempat dia. memang aku admit aku tak se-tabah dan tak sekuat dia.

bebel? sapa cakap dia tak pernah membebel. itu tipu ok. perempuan en? dah memang sifat semulajadi dia macam itu... nak buat macamana dengar jela anggap je halwa telinga huhu... merajuk? ni lagi satu yang tak boleh di-pisahkan. tapi esok lusa ok la. yela busuk-busuk pon anak sendiri jugak hehe...

p/s: tapi aku harap. even though aku tak men-zahirkan. mak aku paham. aku rasa mesti dia faham sebab anak dia en?

Friday, May 7, 2010

get rid of this feeling...

macam2 benda yang berkecekamuk dalam otak aku nih, tension bila dengar berita yang yang tak berapa nak mengembirakan...

Tuesday, May 4, 2010

kembali ke pangkal jalan...

Aku akan cuba untuk memulakan regim-regim routine seperti:

1. Balik kg sekerap yang mungkin, sebab ini ajalah masa-masa yang terluang buat masa sekarang, dan seperti biasa routine harian akan bermula pada petang jumaat hihi... siap sedia untuk balik!!!! kita mendobi... hahaha

2. ha yang ni penting untuk kesihatan, aku akan cuba bangun awal untuk berjoging huhu (keep fit) la konon-konon-nye.Tengokkan jela hasil-nya macamana. Entahkan jadi entahkan tidak...

p/s: to do list untuk bulan ini...

saranan

dok sesorang?

haih macam takot pon ade kot hihi. Manusia ni susah nak satisfied dengan hidup. Ada je yang tak kene but indeed ade jugak orang yang faham...

p/s: saya cuba untuk itu...

Thursday, April 29, 2010

status...

penting sangat ker status??? haih... tak abis-abis dengan kuasa kuasi...

mari kita kupas tentang kuasa...

kuasa kalo di-gunakan pada jalan yang betul dan baik, cas-cas positive akan terhasil. Masalah-nya kalo benda-benda baik ni orang susah nak nampak sebabnya kita-kita ni lebih tertarik pada something yang ber-sifat negative walhal kita tahu sebenar-nya benda tu tak baik... hey cuba la positive sikit...

apa yang ada pada kuasa? ermmm nak sentuh yang mana dulu yek...

1. bagi golongan-golongan yang berkuasa dah tentu-tentu sangat power sangat meaningful. iyela kalo tader kuasa ada ke followernya ye tak??

2. lagi teruk orang yang powerless, tetiba dapat power. macam tak hengat dunia. aci semua dia yang punya, dia ajalah yang hebat tak kira... orang lain ermm paham-paham sendiri sudah.

3. dari kuasa datang pulak, penyakit lain. PHD bukan setakat itu je, bak kate 1 blogger nih, dia macam senjata biologi, datang sekali dengan pakage. keje asik nak musnah-kan orang je kerjenya dah pulak tuh main aci sorok2. Patot ke?

4. ermmm banyak sebenar-nya kalo nak tulis tak ter-tulis kot... yang pasti manusia ni memang tak boleh di-beri kuasa. Nanti mula la lupa diri. tapi tak semua macam tu.

kenapa orang suka ber-kuasa?
sebab dia nak asyik mahsyuk dengan kuasa sampai jadi GK. Kesian

p/s: haih tak kuasa aku

Tuesday, April 27, 2010

duduk sama tinggi, berdiri sama rendah...

ermmm... tak tau apa nak kata dah, kalau itu yang jadi benchmark-nya... macam tak boleh blah je... (senyum) masuk kali ni dalam bulan ni dah berapa kali je dengar ayat tu. Besar sangat ke beza?? ni baru dalam kelompok kecil cuba tengok alam yang sebesar-besar ni lagi banyak beza kot. Manusia sebagai entiti banyak atribute-atribute-nya, tu belum lagi campur tolak dengan entiti-entiti yang lain...

Jadi tak perlu lah judgemental sangat en? tapi tak bleh jugak nak blame sebab manusia memang suke jump to conlusion lagi-lagi bila kene jolok. Tapi lebih elok kalo beringat-ingat.

Aku malas nak amik pusing dengan benda-benda macam ni, biar-lah orang nak kata ape, walaupun kadang-kadang tu memang la terasa. Nak buat macamana mulut orang bukan boleh tutup, esok-esok senyap la dia...

Sebab itu, aku suka buat hal sendiri, bukan ape malas nak amik port benda-benda macam ni buang masa dan tenaga je. Setakat angguk-angguk, geleng-geleng sudah hehe... Simpan la sikit untuk benda-benda yang ber-faedah ye tak??