Saturday, May 22, 2010

BCJ 9354

aku akan ingat nombor ni sampai bila-bila, hang pa ni memang tak ada sivik lansung. tahu la tempat ni tempat hang tapi jangan la buat macam tu. sampai kaum hang sendiri pon cakap macam tu. tu kaum ko sendiri kalo kaum lain apatah lagi. kalo nak say sorry pon tak bleh ke guna bahasa melayu yang ko guna bahasa ko tu macam la kita orang ni paham. haih tak paham aku...

Wednesday, May 19, 2010

kegilaan baru

hehe... semenjak tali lompat putus, tak tahu nak buat ape. tapi sekarang dah ada yang baru baek punya hihi siap dengan new features. hebat tu (kagum sekejap). nak sambung lompat huhu...

Sunday, May 16, 2010

hari ini hari cikgu: so selamat hari cikgu pada cikgu-cikgu

cikgu yang paling hebat yang penah aku jumpa ialah mak aku sendiri. sejak dari kecik lagi dia ajar macam-macam sampai dah besar ni. tapi tu la, kadang-kadang anak dia ni tak penah nak appreciate macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. maaf untuk itu. saya akan cuba untuk jadi student yang baik ye...

sayang? memang la dia tak penah nak cakap sayang ke ape ke tapi aku tahu dia sayang anak-anak dia kalo tak, tak la kami adik beradik membesar macam sekarang ni. terima kasih.

p/s: tak lupa jugak pada cikgu-cikgu yang telah mendedikasi-kan diri mereka sepanjang tempoh pembelajaran aku dari zaman kecik sampai zaman dah besar panjang ni. rasa-nya tak dapat nak balas.

manusia bila dah terdesak...

aku bukan nak kata apa. tapi tulah benda yang salah pon jadi betul. akhirnya lu pikul la sendiri tapi nak salah-kan pon tak boleh jugak dah memang sifat manusia macam tu. dah terkena baru tergadah. mula-la datang nak mintak tolong nak bagi explaination bla...bla...bla... hell no. penat la beb nak dengar-dengar ni, memang la aku ni a good listener tapi aku bukan adviser yang baik takat dengar taper. tapi kadang-kadang boleh jadi bad listener jugak. dah terang-terang korang buat salah en macamana tu???

back then, masa zaman macam korang. sebodoh-bodoh aku pon tak buat macam tu. hey kene ada pride la walaupun tak berapa nak hebat sangat. tapi survive jugak huhu...

setakat nak mintak maaf memang aku maaf-kan tapi perception aku ade sikit slack la ermmm nak buat macam mana. nature as human being kot.

p/s: sorry seems to be a harder words

Wednesday, May 12, 2010

tak tau nak kata apa dah...

sakit mata aku tengok angka-angka depan mata nih... macam haremmmm. tak tau nak kata pa dah... sakit mata satu, hati ni pulak macam kene siat-siat. haila teruk betul performance budak-budak nih... macam nak hambat jek sesorang rasa-nya.

datang siap buat muka tak boleh blah. ingatkan ok jawab-nya. sekali tengok berpinor bijik mata. pastu mintak markah lebey banyak cantik?? u give me rubbish then how come it turnout to be something yang stunning. apasal la korang ni. sedey aku tahu tak???

siap nota kaki bagai. belum lagi ngan tulisan. nak mark-ing pon tader mood....

Monday, May 10, 2010

sedikit sebanyak pasal mak...

sudah pasti-nya semua orang meraikan hari ibu dengan cara-cara mereka yang tersendiri. bagi aku hari ibu memang penting sebab tanpa mak sapa lah aku (aku panggil emak aku mak) . aku bukan tak pernah, wish-wish segala tapi jarang-jarang. sangat cheapskeat en? aku jenis yang susah nak men-vokalkan ape yang aku rasa dan apa yang fikirkan. entah... sifat semulajadi kot (tak reti nak buat sesi meluah perasaan) sebab aku rasa dan fikir benda-benda macam ni tak payah nak di-ucapkan sebab kadang-kadang boleh lahir dari hati dan perasaan lalu terzahir melalui perlakuan. itu bagi aku.

dibesarkan dalam suasana yang agak kasar, menjadi pemakin untuk aku terus bersikap tak kesah walaupun kadang-kadang aku amik kesah sebenarnya (diam-diam sudah asalkan no harm). kadang-kadang malas nak berdepan dengan realiti hidup ni yang aku rasa lagi banyak bitter than sweet. go with the flow. ape nak jadi. jadila. and at least i turnout to be orang jugak walaupun tak sehebat orang lain. (tqvm untuk itu dan segala-galanya)

so aku sangat-sangat value mak aku yang jadi backbone for our family. kalo tak ada dia aku rasa jadi apa agak-nya aku sekarang ni... she been through a hardship life for kami adik beradik. walaupun dia tak cakap tapi action lounder than words en? itu yang aku observe sepanjang aku hidup dan benda itu sedikit sebanyak jadi one of my belief. tak perlu la men-canang pada orang lain untuk mintak simpati. itu bukan simpati tu pathetic nama-nya dan kalo aku berada kat tempat dia. memang aku admit aku tak se-tabah dan tak sekuat dia.

bebel? sapa cakap dia tak pernah membebel. itu tipu ok. perempuan en? dah memang sifat semulajadi dia macam itu... nak buat macamana dengar jela anggap je halwa telinga huhu... merajuk? ni lagi satu yang tak boleh di-pisahkan. tapi esok lusa ok la. yela busuk-busuk pon anak sendiri jugak hehe...

p/s: tapi aku harap. even though aku tak men-zahirkan. mak aku paham. aku rasa mesti dia faham sebab anak dia en?

Friday, May 7, 2010

get rid of this feeling...

macam2 benda yang berkecekamuk dalam otak aku nih, tension bila dengar berita yang yang tak berapa nak mengembirakan...

Tuesday, May 4, 2010

kembali ke pangkal jalan...

Aku akan cuba untuk memulakan regim-regim routine seperti:

1. Balik kg sekerap yang mungkin, sebab ini ajalah masa-masa yang terluang buat masa sekarang, dan seperti biasa routine harian akan bermula pada petang jumaat hihi... siap sedia untuk balik!!!! kita mendobi... hahaha

2. ha yang ni penting untuk kesihatan, aku akan cuba bangun awal untuk berjoging huhu (keep fit) la konon-konon-nye.Tengokkan jela hasil-nya macamana. Entahkan jadi entahkan tidak...

p/s: to do list untuk bulan ini...

saranan

dok sesorang?

haih macam takot pon ade kot hihi. Manusia ni susah nak satisfied dengan hidup. Ada je yang tak kene but indeed ade jugak orang yang faham...

p/s: saya cuba untuk itu...