Friday, February 5, 2010

Tanda-Tanda

Petang ini aku rasa perkara yang sama akan berlaku seperti semalam petang, tanda-tanda awal telah kelihatan, awan-awan pekat mula berkumpul, menandakan langit akan gelap, angin bertiup kencang, bunyi-bunyi dari langit sesekali mencecah ke-telingaku, tanda-tanda hujan akan turun.

Dalam tak sedar, tersedar yang Rahman Tuhan ni kadang kala sering dilupa... Hujan itu hujan Rahmat, salah satu nikmat yang di-berikan tapi kadang-kadang manusia selalu lupa (aku salah seorang daripadanya) yang jarang nak bersyukur. Lagi-lagi bila tengah drive perasan marah+kesal tiba-tiba muncul dekat benak "iskh hujan la pulak" itu kata kita tapi sebenarnya Tuhan tu tahu ape yang baik untuk kita, cuma kita sahaja yang membutakan mata hati kita.

Semalam masa hujan lebat tiba-tiba teringat macamana la nanti waktu itu nanti, ini baru angin sikit dah cuak, masa tu nanti lagi dasat tak dapat nak digambarkan. Yang pasti setiap yang hidup pasti mati kita cuma perlu tunggu entahkan esok entahkan lusa, dan seperti biase manusia memang macam itu bila hati dah terpaut pada dunia, kita jadi lupa pada dunia yang satu lagi itu...

No comments:

Post a Comment